Bab 13
Kadang-kadang dalam hidup kita jumpa orang yang salah untuk dia tumpang mendiami sementara.
SENYAP. Masing-masing sedang merencanakan sesuatu. Iyyad sedar peluangnya semakin tipis apabila wanita itu semakin selesa berada di hadapan. Dia kelihatan begitu yakin dan tenang apabila sedari dialah yang mengawal situasinya sekarang.
"Apa yang patut saya buat? Saya kena bayar ganti rugi ke? Motor saya pun rosak." Iyyad melantunkan pertanyaan dalam nada yang perlahan. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Dia sudah tersepit dalam takdir yang tertulis sendiri. Daripada berkeras lebih baik dia cuba berlembut untuk deal sesuatu.
"Bergantung pada keadaan. You mampu ke nak bayar? Kereta I mahal tau," ujarnya dengan sengihan. Iyyad mula mencari akal. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh wanita itu. Kerja pun belum dapat apa-apa gaji takkanlah nak bayar hutang yang banyak. Tapi kalau hutang didiamkan sampai bila-bila hati tak tenteram.
"Saya boleh usahakan. Cakap aje berapa yang cik nak asalkan antara kita tak ada hutang."
"Tak bestlah kalau semua masalah diselesaikan dengan duit. Tak fun. I lebih suka genggam you rapat-rapat. Then I boleh perah-perah you macam lemon. Lepas tu I buang dalam tong sampah bila dah tak diperlukan. Hahaha. Take it or leave it. It's up to you but..." Iftinan membuang ketawa dan berpusing-pusing di kerusi empuknya. Nampak dia tengah bahagia dapat mempedajalkan hidup lelaki itu. Pucuk dicita ulam yang datang.
"Kita sama-sama salah, kan?!" tukas Iyyad laju.
"Well... Okey, I setuju bila you cakap kita sama-sama buat salah. Tapi bila difikirkan balik I menanggung kerugian yang lebih berbanding you. Apa yang you all dah buat sangat-sangat tidak bertamadun. Menyusahkan hidup I."
Lidahnya kelu untuk membalas. Ya, dia mengaku khilafnya. Semua dah terjadi dan tak boleh berpatah balik. Reda dan pasrah jalan yang dia nampak sekarang ni.
"Saya minta maaf. Waktu tu mungkin tengah geram. Hilang kewarasan sekejap. Sumpah, sayalah orang paling menyesal selepas kejadian tu." Lekas Iyyad menyusun kata memohon kemaafan.
Iftinan tertawa. Takkanlah semudah itu? Ingatkan samseng kampunglah sangat! Penakut rupa-rupanya. Iftinan geleng kepala. Dia paling benci perkataan itu.
"Penyesalan akhirnya membawa you kepada I. What a coincidence! Salah tetap salah." Iftinan ketawa jahat. Iyyad terus tersandar. Awan mendung apalah yang bertenggek di atas kepalanya.
"Take it or leave it?" soal Iftinan penuh berminat. Duh, balik-balik itu yang ditanya. Iyyad terkial-kial nak memberikan jawapan. Kalau dia jawab ya itu dah kira mencekik tengkuk sendiri. Kalau dia jawab tidak sah-sah wanita di depannya itu sendiri yang akan menjerutnya.
Ikutkan hati memang dia nak blah terus dari situ. Tetapi dia yakin tak semudah itu dia akan dilepaskan. Tengok muka pun dah boleh agak wanita tu bukan mudah memaafkan!
Lagipun dia tak yakin untuk terus beri kesetiaan dan kerajinan selepas apa yang baru terjadi tadi. Maka dia tarik balik ikrar tadi. Kebenaran yang terlondeh itu benar-benar membuatkan dia terduduk rebah. Rasa nak berlari jauh sekuat hati.
"Just stay with me as long as you can." Permintaan wanita itu dibiarkan berlalu. Iyyad sekadar merenung wajah itu sepuas-puasnya. Dia sendiri belum pasti tentang keputusannya.
"Nama I Iftinan binti Idris. You boleh panggil I my sweetness boss atau permaisuri ratu di hatiku. Kalau you nak panggil I intan payung pun boleh. Sedap juga bunyinya."
Uwekkk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co