Truyen3h.Co

Terindah Pernah Ada

Bab 5

karyaseni2u

SYED dan Iyyad saling berpandangan. Bunyi kuat seakan-akan ada benda terjatuh dari luar stor membuatkan mereka bertiga terkocoh-kocoh berlari keluar.

'Ya Allah... Motor aku. Huhuhu... Motor aku!' jeritnya dalam hati. Honda kapcai yang elok diparkir bawah pokok manggis tadi sudah tergolek ke tanah.

"Ya Allah. Macam mana bawak kereta cheq oi? Duk tak duk pi sondol motor orang." Giliran Mak Piah mula membebel.

Syed dan Iyyad mati kata. Hari ni saja sudah dua kali mereka bertembung nasib malang. Itulah sebabnya orang tua-tua pesan jangan seronok sangat nanti kang menangis tak berlagu. Huhuhu.

Itulah satu-satunya Honda lama milik arwah ayahnya. Motor lejen tu. Manusia manalah yang buta hati perut main redah aje. Iyyad tepuk dahi. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Perlahan-lahan dia mengurut sekitar dahi yang mula berdenyut. Terasa sesak nafas sekejap. Pantas dia menarik sapu tangan ke bawah dagu.

Dengan lemah dia berjalan menghampiri Honda kesayangan. Selepas ditongkat kembali motor itu, dia membelek setiap inci intan kesayangan itu.

Geram! Geram saat melihat nombor plat di belakang sudah patah dua. Lampu signal bulat sebelah kiri juga pecah. Iyyad kemam bibir rapat-rapat. Binawe sungguh. Seluas-luas alam kenapa nak parkir di tempat yang sama!

Tiba-tiba pintu kereta sebelah pemandu dibuka. Sempat lagi membelek wajah di cermin depan. Sikit pun tak rasa bersalah setelah terlanggar harta benda orang lain. Ops, sorry! Dia tak perasan sangat. Kawasan situ kan kawasan titik buta.

"Hoi... Hang kan yang cuba langgar kami tadi?" jerkah Syed tiba-tiba. Iyyad lekas berpusing. Eh! Eh! Memang kereta yang hon mereka tadilah. Sama!

Seorang wanita berambut lurus dan hitam berkilat paras pinggang melompat turun dari Mitsubishi Outlander berwarna hitam itu. Wanita yang pelik! Itulah yang disimpulkan saat melihat pemandu kereta itu.

Diperhatikan wanita itu dari atas hingga ke bawah. Outfitnya serba hitam seperti hadir majlis berkabung. Warna kulit yang putih mulus ala-ala pucat anak ponti itu ditambahkan lagi kesuraman dengan gincu berwarna gelap menjadikan rupa parasnya agak pelik. Terus nampak macam vampire.

Ah, tak kesahlah vampire ke ponti ke asalkan dapat ganti rugi! Iyyad terus meluru mendapatkan wanita itu. Tanpa berlengah dia terus menyusun bicara dengan tenang.

"Assalamualaikum. Tadi cik dah nyaris langgar kami berdua kat tepi bendang dan sekarang ni cik betul-betul dah sondol motor saya. Nampak tu. Lampu dah pecah. Nombor plat patah. Nak settle macam mana ni?" Nada suara Iyyad masih berhemah walaupun sebenarnya dia mula geram dengan reaksi yang ditunjukkan oleh wanita muda itu. Wanita itu hanya memandangnya melalui kaca mata hitamnya. Sombong amat!

"What? I langgar you? When?" Wanita itu pura-pura tidak faham. Dia tampak tenang sambil mengambil nafas panjang menghirup udara petang sebelum bersandar di tepi pintu keretanya.

Lagaknya tak ubah seperti rusa sesat masuk kampung. Sudah hampir senja tapi masih berlagak dengan cermin mata hitamnya yang besar yang terletak molek atas batang hidungnya.

Sabar! Kena pandai deal barulah capai kata putus. Iyyad menghela nafas panjang. Sambil bercekak pinggang dia kembali menyusun strategi.

"Eh, takkan cik dah lupa? Sah-sah kereta cik yang langgar motor saya. Terang lagi bersuluh memang cik kena bayar ganti rugi ni," kata Iyyad lembut. Wajah tetap mempamerkan senyuman walaupun hati tengah menahan rasa geram. Wanita itu memerhati Iyyad dari atas hingga ke bawah tanpa sepatah kata.

Kemudian bibirnya mengukir senyuman sinis. Mencabar sungguh. Pandai dia berlakon buat-buat tak faham bahasa. Perangai serupa lanun! Yes! Lanun paling sesuai.

"You cakap dengan I ke?" Mendengar pertanyaan itu membuatkan Iyyad tepuk dahi. Rasa bergulung-gulung lidah sehingga tidak mampu keluarkan kata-kata lagi. Benak sungguh perempuan ni.

"Dengan hanglah woiii. Ada nampak biawak lalu kot sini ka?" celah Syed dengan riak geram. Lekas Iyyad berpaling ke belakang memberi isyarat diam kepada Syed. Diam, Syed. Diam! Biar dia saja yang deal dengan makhluk yang pelik ini.

"Errr... Mintak maaf, ya. Kami tak perasan motor ada kat situ. Lagipun kami tak biasa sangat jalan kat kampung ni. Ingat-ingat lupa. Sorry ya. Berapa? Saya bayar sekarang." Hazlin keluarkan dompet untuk selesaikan. Dia kenal perangai Iftinan. Orangnya memang jenis tak kesah dengan masalah orang lain. Lagipun dia malas nak panjangkan cerita memandangkan mereka yang bersalah.

Mak Piah merenung wajah wanita bertudung yang berdiri di hadapannya. Kemudian dia tersengih lebar. Cucu saudaranya sudah cantik bertudung litup. Tiada lagi rambut perang seperti air karat.

"La... Ingatkan sapa tadi. Hang dah pakai tudung lagu mana aku nak kenai. Dulu rambut hang kembang semangkuk pula tu berkarat. Amboi, la ni makin segak noh. Duk tunggu dari tadi. Sesat jalan ka? Hang mai ngan sapa? Berapa hari dapat cuti? Mak ngan pak hang tak ikut mai sekali? Depa sihat?" Bertalu-talu soalan daripada Mak Piah.

"Mak dan abah tak ikut. Lin tumpang kereta bos. Kami terlajak sampai kat depan tu. Lepas tu patah balik tapi salah masuk jalan. Tu yang terlambat sikit. Lagipun Lin ingat-ingat lupa jalan kat sini. Pakai Waze pun haru-biru... Kami kena pusing ikut jalan jauh."

"Ooo... Jadi mak dan pak hang tak mai. Lama tak bersembang dengan depa," ujar Mak Piah sedikit kecewa.

"Hmmm... Kami ada kerja sikit kat area sini. Jadi alang-alang tu Lin ajak dia singgah sini. Mak dan abah ada kirimkan barang sikit," lanjut Hazlin.

"Sapa ni, tok?" soal Syed mula menyiasat. Bukan apa, cuma pelik sebab dua-dua nampak lawa dan segak berbanding Mak Piah. Takkan cucu kut? Mustahil! Langsung tak ada iras muka orang veteran tu. Kalau lawa macam ni gerenti dah riuh jejaka sekampung pakat bercerita. Seorang bertudung fesyen ala bonggol unta. Seorang lagi lepas rambut yang panjang mengurai macam langsuir belum dipaku. Dua-dua kaki spin!

"Ni cucu sedara belah Tok Nan. Dia saja mai singgah sini sebab lama tak mai jenguk. Dulu mak pak dia yang rajin duk balik sini mai jenguk Tok Nan."

Syed dan Iyyad diam.

"Hai, saya Hazlin. Yang ni bos saya. Perkenalkan..."

"Ifti." Akhirnya wanita itu memperkenalkan diri.

"E.T?" Iyyad tayang muka keliru.

"I-F-T-I." Nada suara sedikit tegas. Siap eja lagi memandangkan ada yang mengalami masalah pendengaran. Muka saja kacak tapi pekak badak rupa-rupanya.

'Sedap nama tu tapi tak ngam dengan rupa yang mirip harum sundal malam. Hah, memang sebijik sama!' getus hati Iyyad. Diperhatikan sekali lagi wanita itu dari atas hingga ke bawah. Sama weh. Sama!

"Ah, cakaplah Ifti. Lidah pendek sebab tu cakap pun bunyi tak berapa nak jelas. Kena bawak pi sepital ni, Mak Piah. Trim urat," sindir Syed. Iyyad melepaskan tawa. Syed kalau mula menembak memang berdesup-desup dia bagi hantaran padu. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co