Truyen3h.Co

Terindah Pernah Ada

Bab 6

karyaseni2u

KALAU bukan sebab barang kiriman yang dikirim oleh ibunya memang Hazlin pun takkan singgah. Cukuplah sekadar datang bekerja. No! Sebenarnya ini bukan tugas rasmi pun. Dia hanya menemani ketuanya yang berminat untuk melihat dan meninjau tanah di kawasan sekitar sini.

Tak sangka pula mereka terpalit dengan masalah kecil. Ya, masalah kecil aje pun tapi Iftinan keras kepala. Lagipun setakat nombor plat dan lampu bulat tu berapa sen sangatlah harganya.

"Lupakan pasal bayaran tu. Saya nak dia minta maaf dulu. Punca dialah. Sombong tak kena tempat," gesa Iyyad menyahut cabaran Syed.

"Puan Ifti, minta maaflah cepat. Kereta puan yang..." gesa Hazlin.

"Huh... Why me? Seluas-luas alam kenapa dia pun nak parking kat situ? Motor tu dah buruk kut. Kalau I tak terlanggar pun entah-entah esok lusa enjin pulak yang luruh di tengah jalan. Jangan nak blame I seorang. Dia pun salah," balasnya angkuh. Hazlin senyum hambar. Malu nak menatap wajah Mak Piah dan kedua-dua pemuda itu.

"Lin... Semua ni berpunca daripada youlah. Nak sangat I masuk sampai ke dalam. Kan I dah cakap jalan kampung ni sempit. You cakap tak apa laman rumah tu besar. Tengoklah apa yang jadi? Mujur kereta I tak apa-apa," sambungnya terus membebel sambil menjeling jejaka tampan tadi. Hazlin terus terdiam saat namanya pula dijadikan sandaran di kandang pesalah.

"Ya Allah Ya Tuhan... Sombongnya makhluk yang sorang ni. Terang-terang berak atas jalan tapi tak mengaku tu taik dia!" sela Iyyad laju. Memang halusss aje dia nampak perempuan dari bandar ni.

"Apa taik-taik? Taik you lah," balas Ifinan geram. Iyyad ketap bibir rapat. Eee, bibir hitam wanita tu rasa nak cepuk dengan siku biar setahun bengkak dan tak boleh bercakap. Asal buka mulut mesti menyakitkan hati bunyinya.

"Saya minta maaf sekali lagi bagi pihak ketua saya, ya. Sorryyy." Hazlin tersenyum kelat kepada Syed dan Iyyad. Termalu sendiri.

"Ada juga manusia perangai macam ni. Dia buat salah tapi orang lain yang mintak maaf. Cannot brain!" Iyyad terus menghentam.

"Eh, cakap I tak ada brain pula. You pun sama ja kosong atas tu. Motor buruk macam ni buang ajelah dalam sungai. Jangan jadikan motor buruk ni untuk senang-senang you cari duit," balas Iftinan dengan jelingan. Iyyad tergelak kecil. Amboi, boleh tahan tuduhan tidak berasas itu terhadap dirinya.

"Ni bukan soal duit. Masuk kandang kambing kenalah mengembek. Jangan sombong sangat. Orang sombong selalu hidup dalam kerugian." Sinis sindiran yang keluar dari mulut Iyyad mendarat atas batang hidung Iftinan.

"Masalahnya I bukan kambing. Tak taulah kalau you asal kambing. Actually you yang tengah rugi sekarang not me!" Selamba dia membalas seraya memandang tepat wajah Iyyad menerusi bawah kaca matanya. Mata bertemu mata dan masing-masing tidak mengalah.

"Oh, faham pepatah Melayu rupanya. Aku ingat datang dari planet Mars! Baguslah kalau macam tu. Cik dah buat salah tau. Yang cik langgar tu motor arwah bapak saya. Saya sayang motor tu." Antara lembut dan tegas Iyyad berbicara.

"I dah kata kan tu bukan salah I," tariknya dengan jelingan.

"Habis tu salah sapa?" Iyyad bulatkan mata. Makin lama makin menjadi-jadi lagaknya. Memang perangai lanun. Dia boleh tayang muka selamba. Sikit pun tak ada rasa bersalah. Apa punya manusialah ni.

"Motor! Siapa suruh duduk situ? Kan banyak lagi pokok-pokok lain," ujarnya dengan senyuman sinis. Neh, sekarang sudah seri.

"Mai aiii... Nak kena pompuan ni. Kau tengok ni, Edd. Tak mengaku salah walaupun dia yang salah. Spin selagi boleh! Ratu putar alam sungguh!" Iyyad mendengus geram. Kalau jantan mungkin dah bersepai cermin mata sebesar alam tu. Silap-silap melambung terus masuk dalam stor Mak Piah.

Sebelum lagi kecoh Hazlin cepat-cepat mengambil barangan di bonet belakang. Terkocoh-kocoh dia berlari kembali ke arah Mak Piah. Meliar mata Iyyad dan Syed melihat barangan yang dibawa. Tak besar dan tak juga kecil. Dibalut kemas mungkin sampai susah nak agak apa isi kandungannya.

"Mak bagi sejadah dan telekung. Beli kat Turki ni. Abah bukan tak ingat dekat Tok Lang tapi kadang tu sibuk. Sejadah dan telekung ni boleh guna sembahyang raya nanti. Mahal ni. Sulaman benang emas berkualiti tinggi... Sulam lima layer. Kain pun tak panas. Sejadah ni tebal," terang Hazlin panjang lebar. Lambat-lambat Mak Piah menyambut pemberian itu.

"Ini pula kad undangan perkahwinan Lin. Lin bagi siap-siap takut kalau-kalau mak dan abah tak jadi mai tapi insya-Allah mungkin abah akan singgah sini nanti."

"Ooo... Menikah orang mana?" soal Mak Piah membuka sampul. Dikeluarkan kad berwarna ungu muda yang tertera nama bakal pengantin.

"Bakal suami Lin orang Ipoh tapi kerja jauh. Errr... Tok Lang jangan marah tau sebab Lin tak tidur sini. Bos Lin mana mau tidur di tempat tak ada aircond ni. Esok kalau sempat, Lin singgah pulak tapi tak janji tau sebab Lin pun tumpang kereta orang." Hazlin cuba memujuk tapi bunyi macam tak pujuk pun. Wanita itu sedang merumuskan jawapan untuk esok sebenarnya. Melihatkan situasi sekarang gerenti kedua-dua wanita itu takkan kembali esoknya.

"Banyak kerja yang perlu disiapkan. Lin tak janji tapi Lin cuba," sambung Hazlin lagi.

Sah mereka takkan kembali. Lambat-lambat tangan Mak Piah menyimpan kembali kad undangan perkahwinan itu.

Dalam rumah pun dah ada berlambak sejadah dan telekung. Semuanya dilipat dan disimpan di dalam almari. Tunggu anak cucu balik beramai-ramai sewaktu menyambut lebaran barulah dikeluarkan kemudian disimpan kembali. Begitulah rutinnya saban tahun.

"Auch! Banyak nyamuklah kat sini, dear. Jom. Nanti kita terlambat pula." Iftinan terus melompat masuk dan menghidupkan enjin. Salam dengan Mak Piah pun tidak!

Ah, sekilas pandang pun dah boleh agak perangai angkuh tidak bertempat. Rupa-rupanya memang wujud manusia yang ketika hidupnya tak pandai menunduk ke tanah.

Orang seperti ni merasakan dirinya hebat menjunjung langit selalu. Manusia begini bersepah atas dunia. Mereka rasa mereka sudah sempurna bila diukur dengan mata kasar cuma.

"Cepatlah." Iftinan terus mendesak lalu cepat-cepat menutup pintu kereta. Lekas Iyyad ketuk cermin kereta sebelah pemandu. Wanita itu lambat-lambat menurunkan cermin kereta lalu memandang kepada Iyyad. Apa lagilah yang lelaki ini mahukan?

"Aku harap kita takkan berjumpa lagi. Aku bersabar ni sebab ada orang tua ja ni. Jangan sombong sangatlah. Sesekali bila melangut menampan ke langit ingat sama kaki tu masih jejak di tanah. Ingat tu," pesan Iyyad dengan wajah serius.

"I pun tak hinginlah nak jumpa you lagi. Orang macam you bersepah kat Malaysia ni. Motor dah jadi besi buruk, ada hati nak tuntut ganti rugi. Mudahnya hidup memeras ugut orang. Lin, cepatlah!" jerit Iftinan separa kuat. Ditekan hon sebanyak dua kali.

"Perangai macam LANUN!"

"Kalau I lanun you skink!"

Mata kedua-dua berlaga seketika. Patutlah orang kata kesabaran itu tinggi nilainya. Masing-masing sedang menahan geram sebenarnya.

Huh, tak kuasa nak melayan perempuan gila! Iyyad terus berpaling dan meraup wajah dengan kasar. Harap-harap dia takkan jumpa dah lanun ni. Minta simpang la weh. Minta simpang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co