Truyen3h.Co

Terindah Pernah Ada

Bab 8

karyaseni2u

Lima bulan yang lalu...

SATU per satu borang permohonan dibelek tapi tak ada yang menepati syaratnya. Iftinan mengeluh. Dia menolak kembali Tablet kepada Hawa. Kali ini dia bertekad nak cari sendiri setiausaha merangkap PA yang betul-betul memenuhi kehendaknya. Next! Next! Next!

"Ini yang terbaik. How about Fatima? Dia nampak fresh, muda dan aura muka dia nampak seperti orang yang kuat bekerja," pujuk Hawa. Sebenarnya dia pun dah lelah nak tapis seorang demi seorang.

Bukan mereka semua tu tak bagus tapi perangai Iftinan yang kadang-kadang agak melampau. Semua nak ikut kepala dia. Dialah little Napoleon yang memberi tekanan kepada orang bawahnya tanpa sedar.

Dia seakan-akan tak sedar yang orang lain pun ada kehidupan sendiri. Alasan demi alasan akan ditolak mentah-mentah. Susah nak fahamkan manusia jenis ni. Gila bekerja dan perah tenaga orang lain demi kepuasan sendiri.

"Dia muda dan dia akan sibuk nak bercinta. Bercinta akan buat prestasi kerja dia perlahan menjunam. Kening yang tebal dan melengkung ke dalam nampak seperti dia suka membantah. Aku nak orang yang boleh patuh segala arahan. Seram pula tengok kening tebal macam lintah tu."

"Apa kaitannya?" Hawa tayang riak kebingungan. Pasal kening aje kut.

"Rupa tu penting tau. Aku nak rupa yang menenangkan jiwa bukan menggugat biji mata," tukas Iftinan cepat.

Diam.

"Kau ingat Fasiha? Ala, budak perempuan yang kecil-kecil molek tu. Dia kerja kat sini tak sampai dua bulan rasanya. Bila putus tunang dia kerap ambil cuti. Ada saja alasan sakitnya sampai tak masuk akal. Period pain memanjang. Alasan untuk kerap ambil cuti. Memang patut diberhentikan. Pulak tu masuk kerja lewat dan sesuka hati balik awal walaupun kerja banyak yang tak siap. Spesies manusia yang tak boleh terima teguran." Terang-terang Iftinan mengutuk. Hawa hanya menadah telinga.

"Banyak kerja-kerja yang tertangguh sampai aku yang kena bereskan. Proposal pun buat lebih kurang. Terlalu banyak kecuaian yang dia buat. Inilah padahnya urusan peribadi dibawa ke tempat kerja," lanjut Iftinan panjang lebar. Hawa sekadar mengangguk setuju. Memang ada kebenarannya tapi tak semua macam tu. Masih ada staf-staf yang okey.

"Dalina? Dia dah ada pengalaman sebelum ni. Jadi aku rasa dia paling layak. Last company dia kerja di LaxCom. Hurmm... Not bad," kata Hawa seraya menghulurkan resume kepada Iftinan. Mentah-mentah ditolaknya. Tak berminat!

"Kalau dah elok-elok kerja kat situ buat apa berhenti? Ke diberhentikan? Kau call Bahrinlah tanya pasal perempuan ni," ujarnya seraya membelek butiran calon lain. Satu pun dia masih tak berkenan.

"Okey. Yang ni macam mana? Azuren binti Jefrey. Umur 36 tahun dan sudah berkahwin tapi belum ada anak. Ha, dia matang dan kurang komitmen."

"Dah kahwin, kan? Next!!!" sela Iftinan laju seraya menggeleng kepala. Dia nak yang bujang dan ada ciri-ciri-ciri khas!

"Apa kaitan soal kerja dengan personal matter?" Hawa mula hilang sabar.

"Once you married... semuanya akan terbatas. Semuanya sekadar excuses. Suami tak bagi itu, suami tak izin ini. Serba-serbi tak boleh kalau disuruh balik lambat sikit. Trust me, Hawa. Aku dah biasa dengar alasan macam tu. Orang perempuan terlalu banyak alasan."

"Trust you... really? Masuk yang ni dah lapan secretary kau bertukar ganti. Kau nak apa sebenarnya ni? Aku penatlah nak cari yang baru setiap kali mereka berhenti. Hello, tak semua perempuan sama macam kau cakap. Aku jarang beri alasan. Kau jangan pukul semua rata." Hawa memberikan amaran. Akhirnya dia meluahkan segala rasa. Nak mengutuk lebih-lebih pun payah. Dia dan Iftinan dah lama berkawan. Satu sahaja tentang Iftinan yang dia pangkah iaitu cerewet.

"Okey, except kau dan akulah. Wa, kau ingat aku terhegeh sangat ke nak? Kalau bukan sebab Hazlin nak berhenti aku pun memang tak nak cari yang baru."

"Kau pujuklah dia supaya jangan berhenti," cadang Hawa.

"Dah tapi tak jalan. Lepas kahwin dia nak ikut suami dia ke Sabah. Suami dia tak dapat tukar ke semenanjung. Tu yang payah tu. Serba-serbi kena patuh cakap bakal suami. Hah, itu belum nikah lagi dah kena control. Macam kena kan apa aku cakap tadi?" ujarnya sedikit kecewa.

"Macam nilah, Wa... Kau carikan lelaki. Aku rasa itu lebih okey." Lembut tutur bicara Iftinan kala memujuk Hawa. Terus Hawa gelengkan kepala.

"Mana nak dapat, cik kak oi?" balasnya.

"Carilah. Malaysia belum pupus pun lelaki."

"Memanglah kita ni kawan baik tapi jangan mengada sangatlah. Berapa kerat sangat lelaki jadi secretary? Tambah-tambah nak jadi PA kalau dapat ketua macam kau. Aku rasa tak ada yang mampu bersabar macam Hazlin lakukan sekarang."

"Amboi, directnya kau kutuk member sendiri. Sikit pun tak tapis. Muluttt!"

"Muzamir pun tak cerewet macam kau tau." Hawa mendengus geram. Dalam geram sempat lagi dia membelek sesuatu di Tabletnya. Cantik rupa parasnya. Sebenarnya ada tiga pekerja baru yang telah lulus dalam pemilihan kali ini tapi semua milik Muzamir.

"Jangan nak samakan department dia dengan aku. Dia punya kerja senang aje. Tonyoh-tonyoh dan tempek warna terus siap. Department dia staf dah ramai tapi tetap tak cukup. Aku ni lagi banyak guna otak dan tulang empat kerat aku. Semua kerja aku yang handle sendiri." Dengan angkuh Iftinan berbicara.

"Kan Abang Maizun nak bersara. Dia kenalah cari pengganti awal-awal. Nak kena latih lagi. Sebab tu Abang Maizun yang pilih sendiri. Muzamir ikut saja cadangan orang kanan dia tu," balas Hawa sambil membelek sekali lagi foto itu dengan senyuman.

Duh, harap-harap bila si dia lapor diri akan kelihatan lebih elok daripada dalam fotonya. Hawa tersenyum-senyum malu kucing. Iftinan kerutkan dahi. Pelik dengan sikap Hawa.

"Muzamir punya ke tu?" soal Iftinan penuh minat. Dari tadi dia perasan gelagat Hawa tersengih dan meliuk lentok melihat sesuatu dalam Tabletnya.

"Emmm... Dalam ramai-ramai ada terselit kumbang seekor. Handsome pulak tu. Aku bukan saja-saja puji tapi memang betul-betul handsome. Kalah Loi!"

"Loi tu muka macam ikan kaloi. Celah mana handsomenya?" kutuk Iftinan. Dia dan Loi tak pernah sependapat. Atas sebab itulah dia cepat-cepat memberikan alasan kalau memerlukan dia kena bekerjasama dengan lelaki itu.

"Loi tu baik apa. Kenapa kau tak suka?"

"Kerek! Muka dia tersangatlah kerek masa dia dapat projek promosi RAI tu. Sepatutnya aku bukan dia yang dapat. Entah kenapa Tee serahkan projek tu dekat dia," luahnya kesal.

"Masa tu kau dah terlibat dengan Paradise. Sebab tu Tee serah kepada Loi. Mana kau mampu nak fokus dua projek besar serentak," pujuk Hawa. Kemudian dia kembali merenung gambar pasport itu lagi. Melihat sengihan Hawa semakin lebar membuatkan Iftinan panas punggung. Hesy, tak boleh jadi macam ni. Dia pun nak tengok juga.

"Handsome sangat ke? Stok anak ikan? Euwww, tak minatlah yang muda-muda." Iftinan geleng kepala.

"Ini bukan stok anak ikan. Ini ibarat seperti anak ketam merah yang kiut miut jalan terkedek-kedek," puji Hawa melambung. Bibir Iftinan terus tersenyum senget. Cepat-cepat dia hulurkan telapak tangan untuk melihat.

"Tak boleh. Nanti kau jatuh suka."

"Tolong arh. Muka aku ni jenis orang macam tu ke? Cepatlah bagi aku tengok sekali," pujuk Iftinan.

Hawa geleng. Tak boleh!

"Okey... Ada iras-iras macam jantan tak guna tu tak?" soal Iftinan bersungguh. Kalau tak sama langsung nak juga dia tengok. Kalau sama walaupun sehelai bulu hidung, huh... tak ingin dia nak tengok!

"Langsung tak sama! Wirdad Akhtar tu belacak dan yang ini baby crab. Mana sama, Ifti. Jauh sangat. Yang ni helok sungguh kejadiannya. Sejuk mata memandang," jawab Hawa dengan sengihan lebar.

"Pusing sikit ja aku nak tengok muka dia. Kalau betul handsome sangat kenapa baru sekarang muncul? Baru keluar dari gua ke? Cepatlah," arah Iftinan tak sabar. Hawa tayang sengih lalu memperlihatkan foto berukuran pasport milik lelaki itu yang tertera di atas resume .

"Handsome tak? Macam baby crab, kan?"

"Bukan selektif sangat. Tak ada persaingan. Jenis ni solitary, tak kongsi lubang. Tapi bila spawning baru dia keluar migrasi berjemaah." Laju bibir menerangkan padahal hati tidak mampu menidakkan. Memang sejuk mata memandang. Hawa terus terpinga-pinga.

"Aku tak faham. Kau cakap pasal siapa ni? Kau kenal ke mamat ni?" Hawa bertanya. Iftinan geleng kecil.

"Aku sedang cakap pasal baby ketam merah. Itulah sifat mereka," ujarnya selamba sambil membelek resume lelaki itu dengan lebih dekat. Hawa menghela nafas pendek. Mati-mati dia ingat Iftinan berceloteh pasal jejaka tadi.

'Single. Physically and mentally excellent!' bisik hatinya. Pucuk dicita ulam mendatang. Semakin dia berminat untuk tahu tentang lelaki itu.

Resume itu ditenung lama. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Perlahan-lahan senyuman terukir di wajahnya. Gotca! Dia sudah jumpa apa yang dia mahukan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co