Kerana Cinta

Kerana Cinta
358 lượt thích / 20736 lượt đọc
Bacaan awal sahaja..
Tajuk: Kerana Cinta
Penulis: Bunga Amani
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-14-3
Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak)
ANIS... Hidupnya berubah setelah dia mengambil keputusan untuk lari dari rumah angkara keluarga tirinya. Tiada siapa yang tahu dia hilang ke mana kecuali sahabat baiknya. Segala-galanya ditinggalkan termasuklah ayah kesayangannya dan juga telefon bimbit pemberian kekasih hatinya. Tanpa disangka, ada cerita yang tersembunyi semenjak kehilangannya. FATEH... Pertemuan demi pertemuan antara dirinya dan Anis tidak disedarinya. Baginya Anis ialah seorang gadis lepasan SPM yang sering membuat kemarahannya memuncak. Tak mungkin dia akan jatuh cinta kepada gadis hingusan seperti Anis. Tidak sama sekali. Tetapi lain pula bagi Anis. Setiap pertemuannya dengan Fateh mengundang satu perasaan yang aneh. Walaupun hatinya telah dimiliki, namun wangian Fateh membuatkan perasaannya mula tergugat. Walaupun Fateh tidak ingat pertemuan pertama mereka, tapi tidak bagi Anis. Setiap pertemuan ada ceritanya sendiri.